Rabu, 10 Mac 2021

Perubahan demi perubahan

 Selepas akak ambil  minuman kesihatan tersebut akak mula dapat rasa perubahan demi perubahan yang terjadi pada diri akak.  Alhamdulillah..  Semua perubahan tersebut merupakan  perubahan positif yang sikit demi sikit memulihkan diri akak bermula dari dalaman akak dahulu. 

Selepas sebulan akak ambil supplement ni akak dah boleh berjalan dan dukung anak kecil.  Masa tu anak kedua akak pula dapat tawaran melanjutkan pelajarannya ke politeknik di POLISAS di Pahang.  Alhamdulillah..  Masa tu memang rasa seronok sangat sebab badan dah mula rasa sihat dah mula menampakkan perubahan.  Masa tu rasa gembira sesangat sebab dah tak menyusahkan suami yang terpaksa uruskan diri akak dan anak-anak lagi. Kali ni akak dah mampu urus diri sendiri dan bantu sikit-sikit uruskan anak sambil di bantu oleh suami dan anak-anak juga turut bekerjasama meringankan beban yang akak tanggung. 

Ketika menguruskan anak kedua yang dapat melanjutkan pelajaran di polisas.  Masa ni dah boleh gerak aktif sikit walaupun kena berhati-hati sebab masih baru takut penyakit yang di tanggung menyerang semula. Muka akak pun masa ni mula nampak  berseri sikit 🤭

Tiada ulasan:

Catat Ulasan