Assalamualaikum..dan salam menjemput rezeki..
Lamanya blog ni x update. Orang kata pun dah naik bersawang 🤭. Sebelum tu akak perkenalkan diri akak. Nama akak Noorazlina boleh panggil akak Ina. Asal dari Melaka dan sekarang tinggal di Negeri Sembilan. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata yang comel molek. Akak seorang surirumah tapi berkecimpung dengan dunia perniagaan secara online dan buat dari rumah sahaja sambil menjaga anak-anak. Sejak kebelakangan ni akak sibuk sangat dengan anak-anak sekolah dan anak-anak yang akak mengasuh semua kecil-kecil lagi yang perlukan perhatian lebih. Masa rasa tidak pernah mencukupi.
Sekarang alhamdulillah.. Masing-masing dah besar dah boleh dengar kata tak perlukan kita menghadap mereka 24 jam. Hanya sekadar memantau dari tepi bila mereka bermain. Dapatlah akak mulakan semula hobi lama ni semula.
Sorrylah 🙏 kalau banyak terkurangnya dah lama sangat tak hadap ni idea pun lambat sampai. Walauapapun terima kasih kerana sudi menjenguk blog akak ni walaupun banyak kekurangannya 🤭
Akak harap korang taklah rasa jemu bila baca blog akak ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan