Macam yang akak ada katakan yang akak ada menjual secara onlinekan. Ni yang akak nak khabaq kat korang ni. Semuanya bermula semasa akak jatuh sakit kerana masalah urat saraf dan slip disc. Akibat dari sakit tersebut akak tak boleh nak berjalan jauh, tak boleh nak duduk lama-lama, jangan kata nak bersenam nak berjalan pun payah. Akibatnya membuatkan akak mengalami masalah baru iaitu obesiti 😭
Hampir setahun juga akak tak mampu buat apa-apa. Suami dan anak-anak terpaksa uruskan diri mereka sendiri. Masa tu memang sedih sesangat dan rasa down.. Duit jangan cakap habis macam tu aje. Macam-macam ubat dah makan, dah pergi macam-macam tempat untuk berubat asal orang rekomen suami mesti bawa gi sana. Hingga pernah rasa berputus asa hingga terdetik kat hati kalaulah ini detik-detik terakhir untukku bernafas aku nak sangat tengok anak-anak berjaya.
Dengan kuasa Allah, Dia Yang Maha Mendengar. Satu hari tu, akak terlihat ada satu iklan ni tentang ubat kurus 🤭 . Masa tu terfikir kalau tak boleh sihat sekurang -kurangnya badan ni bolehlah kasi kurus sikitkan nanti senang orang nak urus dan angkat jenazah akak ni. So terus akak hubungi orang yang buat iklan tu. Alhamdulillah dengan kuasa Allah bukan aje berat akak mula turun, sakit yang akak tanggung pun mula menampakkan perubahan. Dari tak boleh bangun dah boleh bangun. Sekarang dah boleh berjalan dan duduk lama sikit. Kaki yang sentiasa membengkak dah takda. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah segala puji hanya untukMu Ya Allah. 😭😭. Sekarang orang yang jual ubat kurus tu dah jadi adik angkat akak. Akak panggil dia wawa je. Dia tinggal kat Nilai. Selepas sihat dan dah kuat buat kerja-kerja rumah akak ambil keputusan untuk jual ubat tersebut dengan niat nak membantu orang-orang sekeliling akak yang mungkin mempunyai masalah yang sama seperti akak dulu.
Nak kata ubat tu tak tepatlah. Ia lebih kepada minuman tambahan. Ia di bancuh dengan air dan di minum setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi. Ia bertindak sebagai detox dalam badan. Bukan itu sahaja dia buang dan repair sel-sel lama dalam badan dan mengantikannya dengan sel-sel baru. Untuk 2 bulan pertama akak minum air ni akak asyik berulang alik ke tandas buang air besar. Sehari mahu 9 - 10 kali ke tandas. Tapi bagusnya badan akak tak rasa lesu atau letih seperti orang yang kena cirit birit tu. Badan makin lama makin rasa cergas dan ringan. Setiap kali lepas keluar tandas akak akan pastikan akak minum air suam satu gelas. Tujuannya untuk mengantikan cecair dalam badan yang keluar untuk mengelakkan hidrasi. Alhamdulillah.. Toksin dalam badan dia buang dan badan rasa macam dapat nafas baru. Memang tak boleh nak di gambarkan perasaan akak bila badan mula rasa sihat dan ringan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan