Khamis, 13 Oktober 2011

Jenaka Sempoi....


                       BUANG


4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..

Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..

semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..... ...

tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,".

si Kongo menjawab," there is too many cigars in Kongo"..

si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td..

belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind... too many Bangla in Malaysia,"

Mukjizat Bismillah

Tambah kapsyen


Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :

Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi).

Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..

Sekolah

Seperti biasa hariku berjalan macam biasa. Pukul 6.00am bangun untuk mengejutkan suamiku bekerja dan 2 orang anakku untuk ke sekolah kebangsaan. Jam 7am mereka bertolak di mana suamiku menghantar anakku dalam perjalanannya ke Balai. Jam 7.30am aku mengejutkan anakku yang bongsu untuk ke sekolah agama rakyat . Jam 8.15am aku hantarnya dengan menggunakan kereta. Balik dari menghantarnya mulalah rutinku bermula dari mengemas rumah, cuci baju, cuci pinggan mangkuk, mop lantai, sediakan makanan tengahhari, mengemas halaman rumah dan menyiram pokok bunga. Jam 10.30am aku pergi ambil anakku yang pulang dari sekolah agama. Sampai di rumah aku siapkan makanan tengahhari untuknya dan menyediakan pakaian untuknya ke sekolah kebangsaan pula. Jam 12.30pm aku menghantarnya ke sekolah. Di sekolah aku dapat berehat antara  1/2 jam hingga 45 minit di dalam kereta. Di sebabkan untuk mengurangkan kos minyak dan menjimatkan masa ulang alik ini kerana pada jam 1 - 1.15pm anakku 2 orang yang bersekolah pagi pulang dari sekolah dan aku mengambilnya. Kebiasaannya jam 2.00pm barulah kami sampai ke rumah. Sediakan makanan tengahhari dan menyiapkan baju untuk mereka ke sekolah agama rakyat pula. Jam 4.30pm aku menghantar mereka ke sekolah. Balik dari menghantarnya aku kena mengangkat baju di ampaian dan melipatnya. Kadangkala jika terlalu keletihan aku tertidur sekejap sebelum masa untuk mengambil ketiga-tiga anakku. Jika aku bernasib baik suamiku dapat pulang awal iaitu jam 5.00pm dia yang akan mengambil alih tugas mengambil anak-anakku. Jika tidak aku yang mengambilnya di mana anak bongsuku akan pulang dari jam 6.00pm hingga 6.30pm jika dia ada kelas tasmik atau bacaan yaasin dan kedua abangnya akan pulang dari 6.30pm hingga 6.45pm. Pukul 7.00pm barulah kami semua akan sampai ke rumah. Sebelum jam 7.30pm aku telah sediakan makan malam kerana pada pukul 8.00pm aku perlu menghantar mereka bertiga ke kelas tuisyen sehingga jam 9.30pm. Sebelum jam 10.00pm kami telah berada di rumah. Sampai di rumah kena pastikan semua kerja rumah mereka telah di siapkan dan jadual untuk hari esok telah di sediakan. Kami menonton tv sekejap sebelum kami semua masuk tidur kerana keletihan melalui  hari-hari yang padat dengan macam-macam aktiviti. Kadangkala aku mencuri-curi masa di antara masa-masaku yang padat itu untuk mengikuti aktiviti membaca yaasin dan marhaban yang di adakan seminggu sekali dan ke majlis -majlis kenduri yang di adakan di taman kami. Walaupun begitu ada juga masanya aku cuci tangan dari membuat semua kerja pada waktu-waktu tertentu..... Bolehlah di katakan ambik cuti tanpa notis..hihi... Jadi pada masa tersebut suami dan anak-anakkulah yang mengambil alih semua tugas tersebut.. Sekurang-kurangnya dapatlah mengajar anakku berdikari...Akhirnya berakhirlah sudah untuk hari ini dari jadual yang begitu padat... Walaupun penat dan tak bergaji tapi aku gembira dan puas jika dapat melihat anak-anak dan suami gembira...Tak kisah apapun pandangan orang aku tetap gembira walaupun dalam kepenatan selagi aku mampu berkhidmat untuk orang-orang yang ku sayang...Selamat Malam semua dan Salam Sayang buat anak-anak dan suami tersayang...

Syurga



" Setiap orang cuba untuk membayangkan dan mencipta syurga di dunia, namun hasilnya adalah sebuah neraka yang cukup mengerikan."

Sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti , terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga. Sungai-sungai tersebut berupa sungai madu, sungai arak yang tidak memabukkan, sungai susu dan sungai air jernih yang tidak pernah berubah rasanya. Sungai-sungai syurga memancarkan airnya dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju ke semua tingkatan syurga seperti tersebut di dalam hadis yang bermaksud :

" Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat Arasy Allah, dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga."
( Hadis Riwayat Bukhari)

Petikan Dari Buku
" Malam Pertama Di Alam Syurga"

Alhamdullillah

Alhamdullillah... untuk pertama kalinya suamiku membuang rasa egonya dan memujukku. Akhirnya perang diam kami telah berakhir. Berkat kesabaran dan doa akhirnya telah membuka pintu hati suamiku. Dan untuk pertama kali juga dalam sejarah perkahwinan kami selama 14 tahun di mana kami berperang dalam tempoh yang agak  lama iaitu selama seminggu. Biasanya jika kami bergaduh atau merajuk tak pernah lebih dari 3 hari. Walaupun ada rasa bersalah tapi ku lakukan juga demi kesejahteraan keluarga kami. Aku tak mahu perkahwinan kami menjadi hambar dan roboh di pertengahan jalan. Sekarang hubungan kami kembali seperti biasa dan kembali mesra seperti awal2 tahun perkahwinan kami.. Nampaknya tak sia-sia aku berpura-pura merajuk dan menunggu dia  memujukku. Alhamdullillah syukur ku kepada Mu Ya Allah atas setiap anugerah dan nikmat yang kau berikan kepada kami. Dan terima kasih kerana mendengar keluhan hambamu yang hina ini. Alhamdullillah....alhamdullillah....alhamdullillah....Tiada nikmat selain dari kasihMu Ya Allah....

Ahad, 9 Oktober 2011

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..







Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.

Syukur

Hari nie aku baca paper semalam yang tak sempat aku baca. Seronok rasanya bila tengok belanjawan yang di bentangkan. Mana taknya ramai yang mendapat kebaikan darinya. Yang tak cukup duit dapat duit, Yang takda kerja bakal ada kerja, Yang takda peluang akan dapat peluang dan yang paling penting dari yang takda akan ada...Pelik betul manusia nie walaupun telah di beri pelbagai macam rezeki pun masih ada yang tak puas hati. Kalau macam tu susahlah Allah nak beri rezeki. Sebab di beri rezeki pun dia tak mahu jadi tak boleh salahkan Allah jika dia berdoa minta rezeki tapi Allah abaikannya sebab dari awal lagi dia dah tolak rezeki yang Allah beri. Bukan nak panjatkan kesyukuran tetapi asyik nak cari alasan nak salahkan orang. Tak habis-habis manusia nie nak buat kemusnahan...Asyik nak kata bila nak pilihanraya baru nak bagi . Bukankah mengundi tu hak manusia kerajaan tak pernah paksa sapa-sapa untuk undi kerajaan, kerajaan cuma lakukan apa yang di rasakannya boleh memberi manfaat kepada rakyat maka barulah ia lakukan bukan macam main pondok-pondok. Esok dalam kubur malaikat takkan tanya kita parti apa yang kita sokong, Apa yang kita perjuangkan dalam parti, berapa banyak fitnah yang berjaya kita taburkan . Sebaliknya ia akan tanya apa amalan yang kita telah buat, berapa berat timbangan amalan baik dan jahat kita, apa yang kita telah buat untuk membantu sesama manusia.....Setahu saya semasa uztazah / uztaz mengajar dulu takda pulak dia kata untuk mempertahankan politik Islam perlu berkeras, perlu memfitnah dan blahblah....sebaliknya telah nyata Islam suruh kita saling sayang menyayangi, saling berlembut, elakkan fitnah kerana fitnah itu umpama memakan daging saudara kita sendiri dan yang pasti hingga ke hari ini aku masih ingat seseorang yang mengajar kepadaku bahawa Islam itu adalah sesuatu yang paling indah.. Sebab itu dalam Quran ada menyebut menyuruh kita menuntut ilmu sehingga ke liang lahad dan menggunakan ilmu untuk kebaikan bukan sebaliknya.. Janganlah kerana ketaksuban kita hingga menyebabkan kita kehilangan negara yang kita cintai ini.. Ambillah iktibar dari apa yang terjadi di sekeliling kita..Kaji semula sejarah lama . Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Tak kira apa politik pun manusia tetap manusia takkan ada manusia yang tak tamak haloba, gilakan kuasa tak ada manusia di dalam dunia ini yang sempurna 100% pasti akan ada celanya. Cuma sebagai  manusia kita harus ingat dan kembali kepada nawaitu kita kembali.. Fikirkan semula semasa kita masih bebudak dulu. Apa yang selalu kita idam-idamkan apabila kita besar. Bukankah impian kita semua sama sahaja untuk menjadikan tempat yang kita tinggal menjadi tempat yang paling baik untuk semua orang. Ya Allah Ya Tuhanku ,, aku bermohon kepadamu Ya Allah agar kau jadikanlah tempat tumpahnya darahku ini menjadi tempat yang paling baik Ya Allah di mana semua manusia boleh bersama dengan keluarga, sahabat dan jiran dari pelbagai bangsa dan agama bersatu dan hidup dalam keadaan aman, damai ,harmoni dan gembira Ya Allah..Janganlah kau pecahbelahkan kami seperti mana kau lakukan kepada orang-orang terdahulu dari kami. Lindungilah kami semua dari fitnah ad-dajjal Ya Allah...Aamiin Ya Rabbal Alaamiin....

Jumaat, 7 Oktober 2011

. SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN


 SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN 

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Confirm x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi