Seperti biasa hariku berjalan macam biasa. Pukul 6.00am bangun untuk mengejutkan suamiku bekerja dan 2 orang anakku untuk ke sekolah kebangsaan. Jam 7am mereka bertolak di mana suamiku menghantar anakku dalam perjalanannya ke Balai. Jam 7.30am aku mengejutkan anakku yang bongsu untuk ke sekolah agama rakyat . Jam 8.15am aku hantarnya dengan menggunakan kereta. Balik dari menghantarnya mulalah rutinku bermula dari mengemas rumah, cuci baju, cuci pinggan mangkuk, mop lantai, sediakan makanan tengahhari, mengemas halaman rumah dan menyiram pokok bunga. Jam 10.30am aku pergi ambil anakku yang pulang dari sekolah agama. Sampai di rumah aku siapkan makanan tengahhari untuknya dan menyediakan pakaian untuknya ke sekolah kebangsaan pula. Jam 12.30pm aku menghantarnya ke sekolah. Di sekolah aku dapat berehat antara 1/2 jam hingga 45 minit di dalam kereta. Di sebabkan untuk mengurangkan kos minyak dan menjimatkan masa ulang alik ini kerana pada jam 1 - 1.15pm anakku 2 orang yang bersekolah pagi pulang dari sekolah dan aku mengambilnya. Kebiasaannya jam 2.00pm barulah kami sampai ke rumah. Sediakan makanan tengahhari dan menyiapkan baju untuk mereka ke sekolah agama rakyat pula. Jam 4.30pm aku menghantar mereka ke sekolah. Balik dari menghantarnya aku kena mengangkat baju di ampaian dan melipatnya. Kadangkala jika terlalu keletihan aku tertidur sekejap sebelum masa untuk mengambil ketiga-tiga anakku. Jika aku bernasib baik suamiku dapat pulang awal iaitu jam 5.00pm dia yang akan mengambil alih tugas mengambil anak-anakku. Jika tidak aku yang mengambilnya di mana anak bongsuku akan pulang dari jam 6.00pm hingga 6.30pm jika dia ada kelas tasmik atau bacaan yaasin dan kedua abangnya akan pulang dari 6.30pm hingga 6.45pm. Pukul 7.00pm barulah kami semua akan sampai ke rumah. Sebelum jam 7.30pm aku telah sediakan makan malam kerana pada pukul 8.00pm aku perlu menghantar mereka bertiga ke kelas tuisyen sehingga jam 9.30pm. Sebelum jam 10.00pm kami telah berada di rumah. Sampai di rumah kena pastikan semua kerja rumah mereka telah di siapkan dan jadual untuk hari esok telah di sediakan. Kami menonton tv sekejap sebelum kami semua masuk tidur kerana keletihan melalui hari-hari yang padat dengan macam-macam aktiviti. Kadangkala aku mencuri-curi masa di antara masa-masaku yang padat itu untuk mengikuti aktiviti membaca yaasin dan marhaban yang di adakan seminggu sekali dan ke majlis -majlis kenduri yang di adakan di taman kami. Walaupun begitu ada juga masanya aku cuci tangan dari membuat semua kerja pada waktu-waktu tertentu..... Bolehlah di katakan ambik cuti tanpa notis..hihi... Jadi pada masa tersebut suami dan anak-anakkulah yang mengambil alih semua tugas tersebut.. Sekurang-kurangnya dapatlah mengajar anakku berdikari...Akhirnya berakhirlah sudah untuk hari ini dari jadual yang begitu padat... Walaupun penat dan tak bergaji tapi aku gembira dan puas jika dapat melihat anak-anak dan suami gembira...Tak kisah apapun pandangan orang aku tetap gembira walaupun dalam kepenatan selagi aku mampu berkhidmat untuk orang-orang yang ku sayang...Selamat Malam semua dan Salam Sayang buat anak-anak dan suami tersayang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan