Hari nie aku baca paper semalam yang tak sempat aku baca. Seronok rasanya bila tengok belanjawan yang di bentangkan. Mana taknya ramai yang mendapat kebaikan darinya. Yang tak cukup duit dapat duit, Yang takda kerja bakal ada kerja, Yang takda peluang akan dapat peluang dan yang paling penting dari yang takda akan ada...Pelik betul manusia nie walaupun telah di beri pelbagai macam rezeki pun masih ada yang tak puas hati. Kalau macam tu susahlah Allah nak beri rezeki. Sebab di beri rezeki pun dia tak mahu jadi tak boleh salahkan Allah jika dia berdoa minta rezeki tapi Allah abaikannya sebab dari awal lagi dia dah tolak rezeki yang Allah beri. Bukan nak panjatkan kesyukuran tetapi asyik nak cari alasan nak salahkan orang. Tak habis-habis manusia nie nak buat kemusnahan...Asyik nak kata bila nak pilihanraya baru nak bagi . Bukankah mengundi tu hak manusia kerajaan tak pernah paksa sapa-sapa untuk undi kerajaan, kerajaan cuma lakukan apa yang di rasakannya boleh memberi manfaat kepada rakyat maka barulah ia lakukan bukan macam main pondok-pondok. Esok dalam kubur malaikat takkan tanya kita parti apa yang kita sokong, Apa yang kita perjuangkan dalam parti, berapa banyak fitnah yang berjaya kita taburkan . Sebaliknya ia akan tanya apa amalan yang kita telah buat, berapa berat timbangan amalan baik dan jahat kita, apa yang kita telah buat untuk membantu sesama manusia.....Setahu saya semasa uztazah / uztaz mengajar dulu takda pulak dia kata untuk mempertahankan politik Islam perlu berkeras, perlu memfitnah dan blahblah....sebaliknya telah nyata Islam suruh kita saling sayang menyayangi, saling berlembut, elakkan fitnah kerana fitnah itu umpama memakan daging saudara kita sendiri dan yang pasti hingga ke hari ini aku masih ingat seseorang yang mengajar kepadaku bahawa Islam itu adalah sesuatu yang paling indah.. Sebab itu dalam Quran ada menyebut menyuruh kita menuntut ilmu sehingga ke liang lahad dan menggunakan ilmu untuk kebaikan bukan sebaliknya.. Janganlah kerana ketaksuban kita hingga menyebabkan kita kehilangan negara yang kita cintai ini.. Ambillah iktibar dari apa yang terjadi di sekeliling kita..Kaji semula sejarah lama . Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Tak kira apa politik pun manusia tetap manusia takkan ada manusia yang tak tamak haloba, gilakan kuasa tak ada manusia di dalam dunia ini yang sempurna 100% pasti akan ada celanya. Cuma sebagai manusia kita harus ingat dan kembali kepada nawaitu kita kembali.. Fikirkan semula semasa kita masih bebudak dulu. Apa yang selalu kita idam-idamkan apabila kita besar. Bukankah impian kita semua sama sahaja untuk menjadikan tempat yang kita tinggal menjadi tempat yang paling baik untuk semua orang. Ya Allah Ya Tuhanku ,, aku bermohon kepadamu Ya Allah agar kau jadikanlah tempat tumpahnya darahku ini menjadi tempat yang paling baik Ya Allah di mana semua manusia boleh bersama dengan keluarga, sahabat dan jiran dari pelbagai bangsa dan agama bersatu dan hidup dalam keadaan aman, damai ,harmoni dan gembira Ya Allah..Janganlah kau pecahbelahkan kami seperti mana kau lakukan kepada orang-orang terdahulu dari kami. Lindungilah kami semua dari fitnah ad-dajjal Ya Allah...Aamiin Ya Rabbal Alaamiin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan