Khamis, 6 Oktober 2011

Pertama kali dalam hidup menulis Diari...

Hari ini hari pertama aku menulis diari tentang diri aku.. Aku tak tahu apa yang perlu aku tulis. Setiap hari adalah sama bagi aku. Kadangkala rasa bosan juga menjalani hari dan rutin yang sama setiap hari. Aku seorang yang suka kepada sesuatu yang mencabar tetapi sayang suamiku bukanlah jenis yang begitu. Suamiku boleh di kategorikan jenis lelaki yang konservatif sikit. Masih berpegang kepada asal yang lama . Lebih tepat lelaki melayu terakhir.Hahaha... Walaupun tugasnya sesuatu yang mencabar tetapi dia tak mahu melihat aku dan anak-anak terlibat di dalam perkara yang merbahayakan diri kami.. Cuma lumrah manusia bila hati nurani mula berbisik pasti kita menginginkan sesuatu yang mampu membangkitkan semangat hidup kita....hemmm..Walaupun kadangkala timbul rasa bersalah di dalam hati dan berkali-kali juga minta di maafi kita manusia tak lari dari sering mengulangi kesilapan diri. kadangkala rasa gelihati memikirkannya..Mana taknya kita yang merajuk tapi kita pulak yang kena pujuk dia...Apa ke halnya...Kali nie aku cuba buat tak reti jea.. Bukan apa sesekali sebagai isteri ingin juga di belai dan di pujuk rayu...Nampaknya tak sempat aku nak terus lagi ada hal yang perlu aku uruskan... Moga aku dapat meneruskan catatan nie di lain kali...Banyak perkara yang ingin ku luahkan yang terbuku di dalam hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan