Jumaat, 7 Oktober 2011

Rutin harian

Hari nie aku ambil alih balik tugas dari suamiku setelah 3 ari aku ambik cuti dari membuat segala tugasan...Hari nie juga suamiku kena bertugas petang hingga ke malam. Jadi semua tugas perlu aku galas. Dari siapkan semua kerja rumah, melayan karenah anak, menghantar dan mengambil anak-anakku yang tiga orang ini dari sekolah kebangsaan dan sekolah agama . Semuanya sekali 4 shift ulang alik. Selain itu aku juga tetap teruskan kerja part time ku yang tak seberapa nie untuk mengisi kebosanan diri dengan menjual dan menguruskan takaful . Selain itu hobi menanam bunga juga tetap ku buat.. Walaupun rasa letih yang amat sangat tapi aku puas dari aku tak buat apa-apa. Anak-anak sememangnya satu anugerah. Bagi yang baru berkahwin mereka cepat-cepat inginkan anak  tapi apabila sudah ada anak lain pula ceritanya kalau boleh nak jadi bujang kembali..Ehm.....kenapa...Bagi yang mempunyai anak yang mendengar kata memang satu anugerah yang Maha Besar sebab taklah penat dan pening kepala dalam membesarkan mereka...Bagi yang mendapat yang terlalu aktif inilah masalahnya..macam-macam kena hadapi karenah anak tersebut..Bukan kerana mereka suatu beban cuma kita rasa penatnya lain macam.. Apabila mereka ada kita akan pusing kepala tetapi bila takda lain pula rasa....Apabila rumah sunyi sepi akan mula melayang perasaan betapa bersyukurnya aku kerana mempunyai mereka ada tempat kita bergaduh, berkasih sayang, meluahkan perasaan dan bertukar-tukar pendapat..Tetapi bila mereka ada rumah akan menjadi hingar bingar bagai nak runtuh rumah di buatnya..malu juga rasa dengan jiran tetangga memandangkan anak-anak mereka tiadalah seperti anakku...Walau apapun aku tetap berbangga mempunyai anak-anak seperti mereka..Aku akan tetap dan akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka...Aku sentiasa berharap suatu hari nanti mereka akan menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. Semoga mereka akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dunia akhirat....Mungkin inilah juga yang di rasakan oleh kedua ibubapaku dan semua ibubapa dalam dunia ini dalam membesarkan anak-anak mereka..Aku baru 3 orang sedangkan orang dulu-dulu terpaksa menjaga anak yang tak kurang dari 7 orang dan lebih...Adik beradikku sahaja sudah 8 orang malah bapa saudaraku mempunyai anak 14 orang... Tapi semuanya tetap menjadi orang yang berjaya walaupun di besarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mengapa kita yang serba mencukupi dan serba maju ini gagal untuk mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna.. Adakah kerana kita terlalu amat berlembut dengan mereka dan mengikut setiap kata mereka...Mungkin dalam sesebuah rumahtangga perlu ada keseimbangan.. Perlu seorang tegas dan seorang lagi berlembut..Jika bapanya bertegas maka ibunya harus berlembut dan begitu jugalah sebaliknya. Mungkin dengan cara itu baru didikan itu akan ada kestabilannya...Semoga aku dapat mendidik anakku untuk menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti..Emak abah terima kasih atas kesabaranmu dalam mendidik  anak-anakmu ini... Tak mampu untuk kami membalasnya setiap titik peluh yang engkau tumpahkan ke bumi Allah yang bertuah ini demi kerana anak-anakmu ini...Hanya doa yang mampu kami kirimkan untukmu agar engkau akan di tempatkan di kalangan orang-orang yang amat di kasihiNya dan engkau di tempatkan ke dalam syurga Firdaus tempat yang amat di idam-idamkan oleh semua hamba-hambaNya...Aamiin...Ya Rabbal Alaamiin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan