Alhamdullillah... untuk pertama kalinya suamiku membuang rasa egonya dan memujukku. Akhirnya perang diam kami telah berakhir. Berkat kesabaran dan doa akhirnya telah membuka pintu hati suamiku. Dan untuk pertama kali juga dalam sejarah perkahwinan kami selama 14 tahun di mana kami berperang dalam tempoh yang agak lama iaitu selama seminggu. Biasanya jika kami bergaduh atau merajuk tak pernah lebih dari 3 hari. Walaupun ada rasa bersalah tapi ku lakukan juga demi kesejahteraan keluarga kami. Aku tak mahu perkahwinan kami menjadi hambar dan roboh di pertengahan jalan. Sekarang hubungan kami kembali seperti biasa dan kembali mesra seperti awal2 tahun perkahwinan kami.. Nampaknya tak sia-sia aku berpura-pura merajuk dan menunggu dia memujukku. Alhamdullillah syukur ku kepada Mu Ya Allah atas setiap anugerah dan nikmat yang kau berikan kepada kami. Dan terima kasih kerana mendengar keluhan hambamu yang hina ini. Alhamdullillah....alhamdullillah....alhamdullillah....Tiada nikmat selain dari kasihMu Ya Allah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan